Airmata Maria

Airmata Maria ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Yusof Haslam, dibintangi oleh Diana Danielle sebagai watak tajuk bersama-sama Salina Saibi, Syamsul Yusof dan barisan pelakon lain. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 3 April 2007 hingga 2 Oktober 2007.Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi Drama Sangat.[1]

Airmata Maria

Lagu penutup "Airmata Maria" oleh Ieda Majed
Penggubah Saari Amri
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Syarikat pengedaran E.MAS
Penerbit eksekutif Hj. Ismail Mustapha
Lagu pembukaan "Airmata Maria" oleh Ieda Majed
Pengarah
Penerbit Yusof Haslam
Syarikat penerbitan Skop Productions
Tempoh siaran 41–42 minit
Siaran asal 3 April 2007 – 2 Oktober 2007
Bilangan episod 26
Penyunting Khairudin Shabudin
Dibintangi oleh
Genre
Saluran asal TV3